Di Bandar Anyang, provinsi Henan di bahagian tengah China, terdapat satu tempat peninggalan sejarah yang termasyhur, iaitu Yinxu yang bermakna runtuhan ibu kota Dinasti Yin. Yinxu ini, luasnya kira-kira 24 kilometer persegi. Menurut catatan sejaran, setelah Raja Dinasti Shang, Pan Geng memindahkan ibu kota dinasti itu dari Qufu Shandong ke sini pada tahun 1300 sebelum Masihi, iaitu zaman perhambaan, Yinxu terus menjadi ibu kota Dinasti Shang selama 300 tahun. Yinxu merupakan pusat politik, kebudayaan dan ekonomi zaman Dinasti Shang. Pada tahun 1046 sebelum Masihi, Raja Wu dari Dinasti Zhou telah mengalahkan Raja Zhou, raja terakhir Dinasti Shang dan menamatkan pemerintahan Dinasti Shang, lalu ibu kota ini menjadi runtuhan. Kerana Dinasti Shang juga dikenali sebagai Dinasti Yin, maka tempat ini dinamakan Yinxu.
Yinxu telah disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO, PBB pada tahun 2006.