Cari:
• Legenda Hou Ji yang Bertani dan Berladang
Menurut ceritanya, pada suatu zaman dahulu, manusia mencari rezeki dengan berburu, memancing ikan dan mengutip buah-buahan hutan. Namun, disebabkan bekalan bahan makanan mereka tidak mencukupi, mereka sering mengalami kebuluran.
• Legenda Gun dan Yu Tangani Banjir
Kononnya, pada zaman purba kala, China telah mengalami zaman banjir yang panjang, iaitu selama 22 tahun. Tanam-tanaman semua lenyap ditenggelamkan dan rumah pun habis musnah. Rakyat jelata yang sudah kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan itu pula sering diserang oleh binatang liar yang kelaparan.
• Legenda Huang Di Melawan Chi You 
Huang Di dianggap sebagai nenek moyang orang China. Disebabkan Yan Di dan Huang Di merupakan sanak saudara, dan anak buah daripada suku kaum nereka pula berkahwin antara satu sama lain, lalu beranak pinak, maka, setiap orang China menganggap diri mereka keturunan Huang Di dan Yan Di.
• Riwayat Yao dan Shun Naik Takhta
Dalam sejarah feudal China, takhta raja biasanya diwarisi oleh anak raja. Namun, pewarisan takhta antara ketiga-tiga orang raja yang paling awal dalam legenda China, iaitu Yao, Shun dan Yu, tidak diamalkan berasaskan keturunan. Siapa yang paling bijak dan mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, dialah yang dipilih sebagai raja.
• Legenda Lima Buah Gunung Dewa
Kononnya, selepas Dewi Nu Wa mencipta manusia, umat manusia hidup dengan aman dan sentosa. Namun, tiba-tiba, pada suatu hari, langit dan bumi berlanggaran, lalu muncullah satu rekahan yang besar di langit. Bumi turut merekah dan runtuh. Api keluar dari bawah tanah, dan memusnahkan hutan. Keadaan ini mendatangkan kesengsaraan kepada seluruh umat manusia.
• Riwayat Hou Yi Memanah Matahari
Pada zaman purba kala, kononnya terdapat 10 matahari di kayangan. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah kering, panas dan berasap, air di laut kering sejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut.
• Riwayat Chang E Terbang ke Bulan 
Pada zaman purba, terdapat 10 matahari di langit, dan cahaya matahari yang panas terik ini menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering sejat dan rakyat jelata menghadapi ancaman maut. Seorang pahlawan yang bernama Hou Yi mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah berani memanah hingga jatuh 9 matahari itu, lalu meninggalkan satu sahaja matahari.
• Riwayat Dewa Kua Fu Mengejar Matahari 
Riwayat Kua Fu mengejar matahari mencerminkan hasrat rakyat China untuk mencegah bencana. Walaupun akhirnya Kua Fu mati, tetapi semangatnya tetap kekal dalam hati rakyat China hingga sekarang ini.
• Cerita tentang Pengambil Api
Dalam banyak cerita dongeng di China, terdapat ramai pahlawan yang cerdik dan gagah berani yang sanggup mengorbankan jiwa raga mereka untuk menjamin kebahagiaan rakyat.
• Dewi Nu Wa Mencipta Manusia
Dalam riwayat China, dewi yang mencipta manusia ialah Nv Wa, seorang dewi yang badannya manusia dan ekornya naga. Kononnya setelah Dewa Pan Gu memisahkan langit dan bumi, dewi Nv Wa berjalan-jalan di kosmos.
• Riwayat Pan Gu Memisahkan Langit dan Bumi
Setelah Pan Gu meninggal, seluruh tubuhnya mengalami perubahan besar. Mata kirinya berubah menjadi matahari, matanya di sebelah kanan menjadi bulan, nafasnya yang terakhir menjadi angin dan awan, bunyinya yang terakhir menjadi petir, rambut dan janggut misainya menjadi bintang di langit.
• Pak Pandir Ratakan Gunung
Pada zaman dahulu kala, ada seorang tua yang dikenali sebagai Pak Pandir. Usianya hampir 90 tahun. Rumahnya menghadapi dua buah gunung yang besar, iaitu Gunung Thaihang dan Gunung Wangwu. Kedua-dua buah gunung tersebut menghalangi perjalanan sekeluarga Pak Pandir.
• 36 Taktik Peperangan: Pokok Berbunga
Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, "Pokok Berbunga" bermaksud meletakkan bunga palsu pada pokok yang tidak berbunga untuk mengelirukan orang lain.
• 36 Taktik Peperangan: Berpura-pura Bodoh
Dalam 36 Taktik Peperangan, "Berpura-pura Bodoh" bermaksud walaupaun mempunyai kekuatan yang besar, namun, menyembunyikannya dengan berpura-pura mabuk, gila atau bodoh, supaya musuh menjadi sombong dan meremehkannya. Ini memberikan peluang untuk menghapuskan musuh itu.
• 36 Taktik Peperangan: Kasau dan Tiang Digantikan secara Sulit
Kasau dan tiang merupakan bahagian yang paling penting dalam struktur rumah. Manusia dan kekuasaan yang memegang peranana yang penting disifatkan sebagai kasau dan tiang.
• 36 Taktik Peperangan: Menarik Harimau untuk Meninggalkan Sarangnya
Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menarik harimau meninggalkan sarangnya. Di China, harimau dipanggil sebagai "raja di dalam gunung".
• 36 Taktik Peperangan: Lemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed
Melemparkan Batu Bata untuk Mendapatkan Jed merupakan satu peribahasa China. Peribahasa itu secara harfiah bermaksud, kita sendiri melemparkan seketul batu bata dan menyebabkan orang lain juga melemparkan seketul jed yang amat bernilai.
• 36 Taktik Peperangan: Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga
Taktik "Berteman dengan Negara Jauh dan Menyerang Negara Tetangga" berasal daripada satu pertempuran yang terkenal dalam sejarah China. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, China berada dalam Tempoh Negeri-negeri Berperang.
• 36 Taktik Peperangan: Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri
"Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri" ialah satu pepatah lama yang telah dipakai sejak turun-temurun. Dalam bidang ketenteraan, taktik "Tutup Pintu untuk Menangkap Pencuri" sama maksudnya dengan taktik "Mengepung dan Memusnahhabiskan" yang sering digunakan dalam peperangan.
• 36 Taktik Peperangan: Lepaskan Kulit Serangga
Maksud asal "Lepaskan Kulit Serangga" ialah, setelah serangga bersalin kulit, jasad serangga itu telah keluar daripada kulitnya, hanya tinggal kulit yang sudah kering masih bergantung di tempat asal.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China