Cari:
• Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati Pun Terlihat (Tu Qiong Bi Xian)
Peribahasa "Tu Qiong Bi Xian" atau "Setelah Gulungan Peta Dibuka, Pisau Belati Pun Terlihat" ini membawa erti, apa jua niat jahat yang tersembunyi, akhirnya akan terbongkar juga. Ia menasihati kita supaya jangan cuba berbuat jahat, seperti menipu dan mencuri, kerana lambat laun kita pasti menanggung akibatnya.
• Mahu Tunjuk Pandai, Tetapi yang Ternampak Kebodohannya (Nong Qiao Cheng Zhuo)
Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang pelukis yang tersohor bernama Sun Zhiwei. Dia sangat pandai melukis potret dan figura, sehingga ramai orang ingin berguru dengannya. Pada suatu hari, Sun Zhiwei diminta melukis sebuah potret untuk Dewa Matahari. Setelah bentuk lakaran selesai, dia mengambil berus untuk mewarnakan lukisan itu.
• Lembing dan Perisai Bercanggah Sesama Sendiri (Zi Xiang Mao Dun)
Peribahasa "Zi Xiang Mao Dun" atau "Lembing dan Perisai Bercanggah Sesama Sendiri" ini membawa erti, kenyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang, mengandungi unsur-unsur yang bertentangan sesama sendiri.
• Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat (Hu Lun Tun Zao)
Peribahasa "Hu Lun Tun Zao" atau "Menelan Buah Kurma Bulat-Bulat" ini, digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang malas berfikir ketika belajar. Mereka sudah biasa menerima bulat-bulat semua maklumat yang diberikan tanpa mencernanya, atau hanya belajar dengan cara menghafal tanpa memahaminya. Cara belajar ini sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan kepada mereka.
• Setiap Kata yang Terucap Dikotakan (Yi Yan Wei Zhong)
Peribahasa "Yi Yan Wei Zhong" ini membawa erti, setiap kata atau janji yang dilafazkan akan ditunaikan. Peribahasa ini sering digunakan untuk menegaskan semula bahawa janji yang dibuat oleh seseorang itu pasti akan ditunaikan.
• Rubah Berdukacita Atas Kematian Arnab (Du Si Hu Bei)
Peribahasa "Du Si Hu Bei" yang berasal daripada cerita tentang rubah yang berdukacita atas kematian arnab yang menjadi teman rapatnya ini membawa erti, seseorang itu akan berasa sedih dan pilu atas kematian atau kemalangan yang menimpa sahabat karibnya.
• Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah (Tou Shu Ji Qi)
Peribahasa "Tou Shu Ji Qi" atau "Berhati-hati Melontari Tikus Takut Balang di Sebelahnya Pecah" ini membawa erti, menahan diri daripada mengambil tindakan terhadap orang jahat semata-mata kerana takut membawa bahaya kepada orang baik.
• Merenung Kesalahan dalam Ruang Tertutup (Bi Men Si Guo)
Peribahasa "Bi Men Si Guo" ini bermaksud, merenung kesalahan dalam bilik yang ditutup pintunya atau dalam ruang yang tertutup. Peribahasa ini membawa erti, seseorang yang benar-benar insaf akan kesalahan dan kesilapan dirinya.
• Lempar Bata Dapat Jed (Pao Zhuan Yin Yu)
Peribahasa "Pao Zhuan Yin Yu" yang menunjukkan sifat rendah hati ini, selalu digunakan oleh orang China untuk menyindir perbuatan orang yang "memancing" pandangan yang lebih bijak atau lebih matang daripada para pembaca atau pendengar, dengan menyatakan pandangannya yang dianggap kurang matang dan mentah.
• Sehelai Daun di Depan Mata Menutup Pemandangan Gunung Tai (Yi Ye Zhang Mu, Bu Jian Tai Shan)
Peribahasa "Yi Ye Zhang Mu, Bu Jian Tai Shan" atau "Sehelai Daun di Depan Mata Menutup Pemandangan Gunung Tai" digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang mudah terpengaruh dengan fenomena lahiriah atau luaran, tetapi tidak dapat melihat intipati atau keadaan keseluruhan sesuatu benda.
• Terlalu Seronok Hingga Lupa Akan Negeri Shu (Le Bu Si Shu)
Peribahasa "Le Bu Si Shu" atau "Terlalu Seronok Hingga Lupa Akan Negeri Shu" ini memberikan pengajaran bahawa dalam apa jua keadaan, kita bukan sahaja tidak patut berhenti daripada mengejar cita-cita, sebaliknya perlu lebih tegas dengan diri sendiri, beraspirasi tinggi, dan berjuang dengan sepenuh tenaga untuk mencapai segala apa yang diaspirasikan.
• Melayan Satu Sama Lain dengan Hormat Seperti Tetamu (Xiang Jing Ru Bin)
Peribahasa "Xiang Jing Ru Bin" ini membawa erti, pasangan suami dan isteri melayan satu sama lain dengan penuh hormat seperti melayan tetamu. Sampai hari ini, ia masih dianggap oleh orang China sebagai suasana yang paling sempurna dalam hubungan suami isteri.
• Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya (Hai Qun Zhi Ma)
Peribahasa "Hai Qun Zhi Ma" atau "Kuda yang Mencelakakan Kumpulannya" ini, membawa erti yang sama dengan peribahasa "sebab nila setitik rosak susu sebelanga". Peribahasa ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka berbuat sesuatu yang merugikan kelompok masyarakatnya sendiri.
• Tidur di Atas Kayu Api dan Mencecap Hempedu (Wo Xin Chang Dan)
Peribahasa "Wo Xin Chang Dan" atau "Tidur di Atas Kayu Api dan Mencecap Hempedu" ini, membawa erti, menggembleng tenaga dan keupayaan diri, bertekad dan bersabar untuk mencapai suatu tujuan atau cita-cita, terutamanya untuk membalas penghinaan dan penderitaan yang telah dialami.
• Masih Tidak Terlambat untuk Membaiki Kandang Meskipun Sudah Kehilangan Kambing (Wang Yang Bu Lao)
Peribahasa "Wang Yang Bu Lao" atau "Masih Tidak Terlambat untuk Membaiki Kandang Meskipun Sudah Kehilangan Kambing" ini membawa erti, meskipun sudah melakukan kesalahan atau kesilapan dan mengalami kerugian, masih tidak terlambat bagi kita untuk memulihkan keadaan asalkan kita sanggup mengambil iktibar daripada kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan, dan segera mengambil tindakan yang berkesan untuk menebus kerugian.
• Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami (San Gu Mao Lu)
Peribahasa "San Gu Mao Lu" atau "Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami" ini, berasal dari kisah tentang raja negeri Shu, iaitu Liu Bei menjemput Zhuge Liang menjadi penasihat tenteranya. Ia membawa erti, berusaha berulang kali dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan bantuan seseorang yang berbakat, akan berjaya akhirnya.
• Berdiri di Depan Pintu Rumah Cheng Yi dalam Salji (Cheng Men Li Xue)
Peribahasa "Cheng Men Li Xue", yang juga boleh disebut sebagai "Li Xue Cheng Men" ini bermaksud "berdiri di depan pintu rumah guru Cheng Yi dalam salji". Ia digunakan untuk memuji kesungguhan pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan serta kesantunnya dalam menghormati guru.
• Bermain dengan Api Kelak Terbakar Diri (Wan Huo Zi Fen)
Peribahasa "Wan Huo Zi Fen" atau "Bermain dengan Api Kelak Terbakar Diri" ini membawa erti yang sama dengan peribahasa "Bermain dengan Pisau Kelak Terluka Tangan", iaitu siapa sahaja yang melakukan perbuatan jahat, pasti akan merugikan dirinya sendiri akhirnya.
• Latihan Hasilkan Kecekapan (Shu Neng Sheng Qiao)
Peribahasa "Shu Neng Sheng Qiao" atau "Latihan Hasilkan Kecekapan", dan "Kecekapan Merupakan Hasil daripada Latihan" ini membawa erti, kecekapan yang istimewa dapat diperoleh oleh sesiapa sahaja yang sanggup membuat latihan dengan tekun dan gigih tanpa mengaku kalah.
• Cengkadak Menangkap Riang-Riang Tanpa Menyedari Ada Kepudang di Belakangnya (Tang Lang Bu Chan, Huang Que Zai Hou)
Peribahasa "Tang Lang Bu Chan, Huang Que Zai Hou" ini bererti, cengkadak mahu menangkap raing-riang tanpa menyedari ada burung kepudang di belakangnya yang sudah bersiap-siap untuk memakannya. Peribahasa ini menasihati kita supaya jangan hanya mengejar keuntungan yang ada di depan mata sahaja, tanpa mengetahui dan mengira bahaya yang ada di belakangnya.
1 2 3 4 5 6 7 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China