Cari:
• Ciri-Ciri Opera Guangdong
Opera Guangdong yang telah menyerap pelbagai bentuk seni tempatan, seperti seni muzik, seni sulaman, seni ukiran dan seni tembikar ini, telah memperlihatkan seni budaya Guangdong yang istimewa. Oleh itu, opera ini juga amat dialu-alukan oleh perantau China di seberang laut.
• Watak dalam Opera Guangdong
Watak dalam Opera Guangdong ini asalnya terbahagi kepada 10, iaitu Mo, Sheng, Dan, Jing, Chou, Wai, Xiao, Fu, Tie dan Za. Kemudiannya, watak tersebut telah dikurangkan menjadi enam sahaja.
• Opera Guangdong
Opera Guangdong merupakan opera yang sangat popular di beberapa kawasan di selatan China yang penduduknya bertutur dialek Kantonis, termasuklah Provinsi Guangdong, bahagian selatan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, serta Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau.
• Mekap Muka Opera Sichuan
Muka merah merujuk kepada watak yang adil dan jujur, muka hitam merujuk kepada watak yang suka berterus-terang, muka putih merujuk kepada watak yang licik dan jahat, muka kuning merujuk kepada watak yang kuat dan berani, muka biru pula merujuk kepada watak yang bersifat garang.
• Lakonan Meluahkan Api dalam Opera Sichuan
Satu lagi lakonan yang juga memberangsangkan dalam Opera Sichuan ialah meluahkan api. Pelakon boleh meluahkan api dari mulut mereka. Kononnya pelakon yang berkenaan menyimpan kerosin dalam mulutnya dan menyemburkannya ketika api diletakkan di hadapan mulut.
• Penukaran Maska Opera Sichuan
Antara semua cara berlakon Opera Sichuan ini, penukaran maska merupakan bahagian yang paling unik, malah ia telah menjadi lambang opera ini. Pelakon opera ini boleh menukar maskanya dengan pergerakan yang sangat cepat, yakni dalam masa sekelip mata sahaja, seperti ketika dia menutup muka dengan lengan atau ketika kepalanya bergoncang.
• Opera Sichuan
Opera Sichuan, dengan nyanyian yang menarik, seni kata yang lucu, dan pergerakan yang cantik, mempunyai sejarah beratus-ratus tahun dan amat diminati oleh orang tempatan. Antara cara berlakonnya yang menarik, termasuklah penukaran maska, menyembunyikan pedang, menjunjung mangkok, dan bermain lilin.
• Mekap Muka Opera Shaanxi
Mekap muka merupakan seni solekan pada muka pelakon untuk melambangkan perangai watak. Mekap muka opera Shaanxi mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
• Opera Yue
Opera Yue yang sudah bersejarah kira-kira 80 tahun ini, berasal dari kawasan desa di Provinsi Zhejiang, bahagian selatan China. Persembahannya penuh dengan penyampaian perasaan.
• Opera Sichuan dan Penukaran Maska
Opera Sichuan, dengan nyanyian yang menarik, seni kata yang lucu, dan pergerakan yang cantik, mempunyai sejarah beratus-ratus tahun dan amat diminati oleh orang tempatan. Antara semua cara berlakon Opera Sichuan ini, penukaran maska merupakan bahagian yang paling unik...
prev 1 2 3 4
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China