Cari:
• Opera Tempatan Provinsi Shanxi: Opera Shanxi
Opera Shanxi, yang juga dikenali sebagai Opera Bangzi Shanxi ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian tengah provinsi Shanxi serta beberapa kawasan di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, provinsi Hebei dan Shaanxi.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Opera Yangge di Kaunti Dingzhou
Opera Yangge di Kaunti Dingzhou yang berasal daripada lagu dan muzik rakyat ini, ialah sejenis opera tempatan klasik yang sangat popular di bahagian tengah dan barat Dataran Utara China.Ia menjadi antara bahan terpenting untuk mengkaji adat resam dan budaya tradisional China.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Opera Yangge di Kaunti Longyao
Opera Yangge di kaunti Longyao, provinsi Hebei ini, terbentuk kira-kia 400 tahun yang lalu, berdasarkan lagu yang dinyanyikan oleh kaum tani semasa bekerja di sawah padi pada zaman purba. Opera ini mempunyai beberapa ciri yang tersendiri.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Opera Nuo
Opera Nuo yang digelar "fosil hidup" dalam opera tradisional China ini, berasal daripada upacara pemujaan manusia terhadap Totem dalam masyarakat primitif. Melalui evolusi, sampai zaman Dinasti Shang, ia telah berkembang menjadi sejenis upacara pemujaan yang khusus untuk mengusir iblis dan wabak penyakit.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Tangju atau Yingdiaoju
Opera Tangju, yang juga dikenali sebagai Yingdiaoju ini, ialah sejenis opera tempatan yang terbentuk di bandar Tangshan, provinsi Hebei pada tahun 1960-an, berdasarkan seni wayang kulit. Opera ini dihasilkan dengan menyerapnya unsur gaya persembahan opera Peking, opera Pingju dan opera Bangzi dari Provinsi Hebei.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Errentai
Errentai yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian barat Mongolia Dalam serta beberapa kawasan di provinsi Hebei, Shanxi dan Shaanxi. Dalam proses perkembangannya, Errentai di keempat-empat kawasan tersebut sudah mewujudkan gaya seni masing-masing yang tersendiri.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Pingdiaolaozi (2)
Pingdiaoluozi ialah nama umum bagi opera Pingdiao dan opera Laozi. Kedua-dua opera ini sangat popular di bahagian selatan dan utara provinsi Hebei serta bahagian tenggara provinsi Shanxi.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Pingdiaolaozi (1)
Pingdiao, yang tergolong dalam opera Bangzi ini, dikatakan terbentuk pada pertengahan era Dinasti Qing berasaskan opera Huai di provinsi Henan. Dalam proses perkembangannya, ia juga menerap ciri-ciri opera Yue. Opera ini kebanyakannya berkisar tentang cerita sejarah.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Luantan
Opera Luantan Provinsi Hebei ini mula wujud dari penghujung zaman Dinasti Ming. Dengan semakin makmurnya aktiviti perdagangan antara bahagian utara dengan bahagian selatan, opera ini mula tersebar ke bahagian selatan. Lama-kelamaan, muncullah opera Bangziluantan yang menggabungkan ciri-ciri persembahan opera Luantan dengan opera Bangzi di bahagian selatan.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Hahaqiang
Hahaqiang, yang juga dikenali sebagai "Heheqiang" atau "He'erqiang", merupakan sejenis opera tempatan di provinsi Hebei yang mempunyai sejarah kira-kira 300 tahun. Opera bercorak rap ini menampilkan gaya persembahan yang agak sederhana.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Laodiao
Laodiao ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di provinsi Hebei, bahagian utara China. Ia dikatakan terbentuk pada zaman Dinasti Qing, iaitu antara tahun 1644 hingga tahun 1991 Masihi, dengan menerap unsur opera Gaoqiang (pic tinggi) dan seni rakyat tempatan yang bercorak rap.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Sixian
Opera Sixian, yang juga dikenali sebagai Opera Hexidiao atau Opera Xianziqiang ini, sangat popular di provinsi Hebei, serta bahagian tengah dan utara provinsi Shanxi. Ia dikatakan terbentuk berdasarkan Xiaoling (puisi pendek dalam bentuk berirama dengan nada yang pelbagai) pada zaman Dinasti Yuan, dan Suqu (lagu rakyat) pada zaman Dinasti Ming dan Qing.
• Opera Tempatan Provinsi Hebei: Opera Bangzi
Opera Bangzi Provinsi Hebei merupakan satu cabang opera Bangziqiang yang amat terkenal di China. Opera ini terbentuk, hasil daripada penggabungan Opera Bangzi Shanxi dan Shaanxi yang dibawa masuk ke provinsi Hebei pada zaman Maharaja Kangxi, Dinasti Qing, dengan opera tempatan, iaitu Opera Gaoqiang.
• Kostum Bercorak Mewah untuk Opera Kun
Para pelakon ini kelihatan sedang memperagakan kostum yang direka khusus untuk persembahan cerita "Lianxiangban", sebuah cerita Opera Kun yang amat disukai oleh masyarakat.
• Opera Yu
Dengan nyanyian yang merdu, rentak muzik iringan yang rancak, liriknya yang mesra rakyat serta ceritanya yang menarik, opera Yu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
• Watak dalam Opera Shaanxi (4)
Watak "Chou" terbahagi kepada "Laochou", "Dachou" dan "Xiaochou". Antaranya, watak "Laochou" merujuk kepada watak yang bersifat humor, watak "Dachou" merujuk kepada watak pegawai atau cendekiawan, watak "Xiaochou" pula merujuk kepada watak yang tidak berpangkat.
• Watak dalam Opera Shaanxi (3)
Watak dalam opera Shaanxi terbahagi kepada empat jenis, iaitu Si Sheng, Liu Dan, Er Jing dan Yi Chou. Antaranya, watak "Jing" merujuk kepada watak yang bersifat garang atau suka berterus-terang.
• Watak dalam Opera Shaanxi (2)
Watak dalam opera Shaanxi terbahagi kepada empat jenis, iaitu Si Sheng, Liu Dan, Er Jing dan Yi Chou. Cara bernyanyi dan berlakon mereka adalah berlainan antara satu sama lain. Suara watak Sheng dan Jing tinggi dan lantang, manakala, suara watak Dan lembut dan bergaya.
• Watak dalam Opera Shaanxi (1)
Watak dalam opera Shaanxi terbahagi kepada empat jenis, iaitu Si Sheng, Liu Dan, Er Jing dan Yi Chou. Cara bernyanyi dan berlakon mereka adalah berlainan antara satu sama lain.
• Opera Shaanxi
Opera Shaanxi, yang juga dikenali sebagai "memetik rambang" (random pluck) atau "Bangziqiang", berasal daripada opera Xiqinqiang (Voice of West Qin).
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China