Melawat Gunung Lushan
Tiada perkataan yang boleh untuk menggambarkan betapa indahnya Gunung Lushan yang merupakan lokasi penyampaian hadiah kepada 10 pemenang Kuiz Pengetahuan Jiangxi Yang Menawan..
Lebih bermakna hari ini merupakan hari pertama sambutan Hari Pelancongan China yang diadakan buat julung kalinya dan lebih manis 10 pemenang itu menerimanya di puncak Gunung Lushan oleh Naib Editor Radio China Antarabangsa, Encik Ma Bohui dan pegawai-pegawai Jabatan Pelancongan Provinsi Jiangxi.