Selama hampir dua jam menjelajah puncak gunung, ternyata keindahannya sukar diucapkan walaupun terpaksa menyusuri denai yang penuh curam.
Pokok pine yang menghijau sepanjang tahun terus menemani anda sepanjang perjalanan mencabar itu, anda pasti tersenyum penuh kepuasan apabila berjaya menghabiskan penjelajahan keseluruhannya.
Antara lokasi menarik di situ, terdapat beberapa rumah peranginan, batu-batu berbentuk aneh, pokok yang berusia lebih 100 tahun dan tokong agama Dao.
Jika letih anda tidak perlu khuatir kerana sepanjang menyusuri denai terindah itu, anda disediakan tempat rehat dan menyediakan minuman segar untuk semua.