(oleh Nadzirah binti Sharingat, TV Al-Hijrah)
Pertama kali saya menjejakkan kaki di bandar Xi'an, saya rasa sudah jatuh cinta dengan kota ini. Udaranya lebih dingin berbanding daerah Quanzho. Saya dimaklumkan bahawa komuniti Islam lebih ramai di sini iaitu dari etnik Hui. Ada juga kelihatan rakyatnya yang berkopiah putih dan bertudung berjalan-jalan di sekitar kota ini. Namun, saya masih lagi menjejaki kesan-kesan peninggalan Islam di sini.
Xi'an antara ibu kota yang disenaraikan sebagai pusat pelancongan terbaik di China. Lawatan pertama kembara kali ini adalah ke terracotta army di mana patung tanah liat perwira ditempatkan. Sebelum ini saya hanya dapat melihat gambarnya di internet , tapi kali ini saya dapat melihatnya dengan lebih dekat walaupun dari pandangan atas.