Kemudian dalam keadaan yang semakin senja, kami di bawa pula ke sebuah masjid terbesar di Xi'an berdekatan dengan hotel. Sangat unik binaannya . Walaupun diperbuat dari kayu, namun strukturnya tetap kukuh dan bertahan.
Melangkah masuk ke ruang solat, sejuk rasa hati ini apabila melihat di setiap inci dindingnya dipenuhi dengan ukiran ayat-ayat Quran. Laungan azan di masjid ini sangat berbeza sebutan dan lenggoknya berbanding di Malaysia. Jemaahnya pula tidak kurang ramainya dan semua mereka adalah jemaah lelaki sahaja. Namun, saya merasa saya adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk merebahkan dahi di bumi Xi'an ni dengan kiblat yang sama. Alhamdulillah. Sayu hati ini apabila dapat bersolat di masjid yang telah memakan usia ribuan tahun ini. Di malaysia , saya juga tidak berkesempatan untuk solat di masjid bersejarah.