Cari:
Radzi: Melawat ke CRI
2012-09-24 15:34:40 CRI Cetak


Penggambaran di studio CRI

Tanggal 22 September 2012, hari yang kelapan kami mengembara di negara China. Hari ini, Beijing menjadi destinasi penggambaran kami. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Xi'an ke Beijing jam 11 pagi dan tiba pada jam 1 petang. Seterusnya kami dibawa melawat ke ibu pejabat Radio Antarabangsa China atau lebih dikenali dengan CRI. Ditubuhkan pada 3 Disember 1941 merupakan stesen radio rasmi yang menyiarkan rancangan dalam 61 bahasa termasuk bahasa Melayu! Misi CRI adalah untuk memperkenalkan China kepada dunia, memperkenalkan dunia kepada China, serta meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia.

 
Buat penggambaran di pejabat Bahagian Bahasa Melayu CRI

Bagi siaran bahasa Melayu CRI ia pertama kali dipancarkan pada 1 Mac tahun 1959 melalui gelombang pendek. Siaran ini boleh didengar di Malaysia, Singapura, Brunei, sebahagian Indonesia dan selatan Thailand. Bagi mereka yang ingin mengikuti dan mendengarinya, bolehlah melayari lawan sesawang https://malay.cri.cn

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China