Radzi (kiri) dan rakan kerjanya, Mohd Mustapha
Selepas mengadakan lawatan di CRI, kami dibawa makan malam di sebuah restoran makanan laut halal terkemuka di Beijing. Hidangannya, sudah pasti terbaik dari ladang! Lebih istimewa, makan malam kami turut disertai oleh Pengarah Penyiaran CRI Asia Tenggara, Encik An Xiaoyum dan Pengarah Siaran Bahasa Melayu CRI, Puan Zhang Wenwen atau nama manjanya Puan Awan:) Kami juga sempat berkongsi buah fikiran dan pandangan mengenai perjalanan Kembara Muslim ini. Ternyata hubungan yang terjalin selama ini antara RTM dan CRI merupakan satu wadah perkongsian dan kerjasama dua hala yang berjaya!
Esok merupakan hari terakhir kami berada di bumi China dan pengakhiran bagi Kembara Muslim China 2012. Saat menulis catatan ini, mata kami seakan-akan berair. Ya, air mata ini adalah air mata kegembiraan kerana dapat menimba pengalaman yang cukup berharga di bumi China yang indah ini. Dan airmata ini juga airmata sedih kerana terpaksa meninggalkan negara yang begitu kaya ini. Kawan-kawan baharu, masyarakatnya, budayanya dan keindahan alamnya sudah menawan mata dan hati nurani kami. Janji kami, pastinya kami akan kembali ke sini satu masa nanti! Selamat malam semua!