Cari:
Destinasi Pelancongan Jiuzhaigou dan Huanglong
2012-12-17 13:44:50 CRI Cetak

Air tasik-tasik tersebut sangat jernih sehingga batu dan rumput di dalam tasik pun jelas kelihatan. Selain itu, air tasik-tasik itu juga sering berubah, ada yang biru seperti batu permata, ada yang hijau seperti jed, dan campur dengan sedikit kuning yang terang. Sebagai contoh, di Tasik Changhai, iaitu tasik yang terbesar di Jiuzhaigou, jika saudara memandang dari dekat, warna airnya hijau dan jernih, manakala, jika memandang dari jauh, warnanya menjadi biru, permukaan airnya tenang dan kelihatan bayangan gunung-gunung yang menghijau di persisiran tasik. Pemandangannya memang indah sekali. 

Air di Jiuzhaigou berwarna-warni kerana Jiuzhaigou mempunyai ciri-ciri bentuk muka bumi Kars, air tasiknya mengandungi ion kalsium, ion magnesium dan ion asid karbonik, maka air itu berdaya kuat bagi membalikkan sinaran biru dan hijau. Tambahan lagi, terdapat lebih 200 jenis tumbuh-tumbuhan alga di dalam tasik, alga itu mempunyai pelbagai warna, maka warna air tasik itu juga pelbagai.

Terdapat 17 kumpulan air terjun di Jiuzhaigou. Kebanyakan air terjun tersebut tidak tinggi, tetapi lebar. Biasanya air-air terjun itu yang mengalir dari tebing gunung yang curam. Pemandangannya indah permai. Antaranya Air Terjun Nuorilang merupakan air terjun yang terlebar di China.

Inilah Jiuzhaigou, tempat yang disifatkan sebagai "syurga di bumi" oleh penduduk China. Pada tahun 1992, Jiuzhaigou telah disenaraikan sebagai Warisan Alam Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagi penduduk Tibet tempatan, Jiuzhaigou ialah keajaiban, gunung, air, hutan dan batu di Jiuzhaigou kesemuanya ialah kurniaan dewa. 

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China