Selepas melawat Jiuzhaigou, saudara boleh berkunjung ke destinasi pelancongan Huanglong yang terletak sejauh 130 kilometer dari Jiuzhaigou. Sama seperti Jiuzhaigou, Huanglong juga tersenarai sebagai Warisan Alam Dunia oleh UNESCO pada tahun 1992. Pemandangan airnya juga paling indah.
Di Huanglong, jika memandang dari atas gunung ke bawah, pelancong boleh mendapati sebatang mendapan sinter kapur pada permukaan bumi yang berwarna kuning muda sepanjang kira-kira 4 kilometer di lembah gunung, kelihatannya seperti seekor naga emas yang menggeliang-geliut di antara hutan dengan gunung yang diliputi salji. Di mendapan sinter kapur itu, terserai lebih 3000 buah kolam seperti sawah yang akan berteres. Apabila dipancar cahaya matahari, kolam-kolam itu berwarna-wani. Di kolam-kolam tersebut, kawasan kolam yang terletak paling atas itu dinamakan "Kolam Warna-Warni", yang terdiri daripada kira-kira 700 buah kolam, dan pemandangannya merupakan inti bagi pemandangan di Huanglong.
Akan tetapi, altitud "Kolam Warna-Warni" itu mencatat lebih 4000 meter, bukan semua pelancong berdaya mendaki ke ketinggian tersebut.