Cari:
Sanxingdui
2012-12-17 13:52:07 CRI Cetak

Dahulunya Sanxingdui disebut sebagai "kampung Sanxing". Seorang petani di situ pada sesuatu hari telah memulakan pencarigalian dan penyelidikan terhadap tempat itu yang berlangsung selama puluhan tahun. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa pada 3,000 hingga 5,000 tahun yang lalu, Sanxingdui ialah ibu negeri Shu pada zaman silam, kemakmurannya pernah berlangsung selama 2,000 tahun. Penemuan tapak peninggalan zaman Sanxingdui telah menjadikan sejarah negeri Shu lebih awal 2,000 tahun.

Kampung Sanxing terletak di provinsi Sichuan, bahagian barat daya China. Jarak perjalanannya dengan menaiki kereta dari Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan hanyalah satu jam. Pada lebih kurang 10 tahun yang lalu, sebuah muzium telah dibina di situ dan dinamakan "Sanxingdui".

Kurator Muzium Sanxingdui, Puan Qiu Xueqing menyatakan bahawa penemuan tapak peninggalan zaman tersebut yang terletak di garisan lintang 30 darjah utara amat bererti. Beliau berkata: "Pada garisan lintang itu, terdapat Gunung Qomolangma, tamadun Maya dan Segi Tiga Bermuda, persamaan keistimewaan ke-tiga-tiga tempat ini ialah keajaiban. Sanxingdui merupakan tapakpeninggalan zaman yang mempunyai artifak yang paling banyak, sejarahnya paling panjang dan kandungan kebudayaannya paling kaya di bahagian barat daya China."

Menurut hasil kaji purba, pada kira kira 3,000 tahun yang lalu, kota kuno yang terletak di Sanxingdui yang paling lengkap itu secara tiba-tiba terhapus. Maka tamadun Sanxingdui yang amat makmur itu tiba-tiba terhenti. Pada 5 tahun yang lalu, tapak peninggalan zaman Jinsha yang terletak di luar bandar Chengdu telah ditemui. Artifak yang ditemui di Jinsha, sifatnya hampir sama dengan artifak yang ditemui di Sanxingdui. Disebabkan tapak peninggalan zaman Jinsha yang sejarahnya kurang 500 hingga 1,000 tahun berbanding dengan Sanxingdui maka ramai sarjana menganggap bahawa Jinsha merupakan lanjutan tamadun Sanxingdui, bahkan ada andaian tentang negara kuno di Sanxingdui dipindahkan ke Jinsha. Terdapat pelbagai andaian tentang sebab Sanxingdui terhapus selepas mengalami kemakmuran selama 2,000 tahun. Antara andaiannya adalah seperti banjir, perang dan wabak penyakit, namun tidak ada bukti catatan sejarah tentang perkara itu.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China