Cari:
Sanxingdui
2012-12-17 13:52:07 CRI Cetak

Ketika membicarakan artifak yang terdapat di Sanxingdui, Puan Qiu Xueqing berkata bahawa barangan gangsa yang didapati di Sanxingdui amat menarik, terutamanya rupa sesetengah patung gangsa amat berbeza dengan orang Asia. Beliau telah memperkenalkan artifak Muzium Sanxingdui yang paling istimewa iaitu topeng gangsa. Difahamkan, topeng itu dibuat mengikut wajah raja negara Shu yang pertama. Beliau berkata: "Ini merupakan topeng gangsa yang paling besar di dunia dan juga merupakan barangan bernilai kebangsaan. Bahagian mukanya amat istimewa, matanya berbentuk silinder dan terjojol keluar, biji matanya hampir berbentuk rombus, telinga amat besar dan tajam."

Yang menarik perhatian ialah satu barangan yang dipamerkan, iaitu pohon gangsa. Pohon gangsa tersebut dianggap sebagai keajaiban dunia, tingginya ialah 3.6 meter. Masyarakat China pada zaman kuno menganggap pohon merupakan jelmaan kosmos. Matahari, bulan dan bintang merupakan hasil pohon itu. Menurut Puan Qiu Xueqing: "Pohon gangsa itu merupakan sejenis barangan gangsa yang paling halus buatannya. Ini kerana bentuknya yang amat unik di dunia, teknologi penuangan amat luar biasa. Barangan gangsa yang sebegitu besar perlu dituang beberapa kali sebelum dapat disiapkan. Antara 8 batang pohon yang ditemui di tempat ini, hanya 2 batang pohon gangsa dapat dibaikpulih dalam masa 3 tahun."

Pada hakikatnya, selain teknologinya yang unik, pohon gangsa itu lebih mengandungi pandangan orang China pada zaman kuno terhadap langit, bumi dan kosmos. Kami telah bertanya tentang masalah tersebut kepada penasihat muzium itu, Encik Ao Tianzhao yang usianya melebihi 70 tahun. Beliau telah menyelidiki kebudayaan Sanxingdui selama lebih 50 tahun. Berdasarkan penganalisisan beliau terhadap barangan gangsa yang didapati di Sanxingdui, teokrasi dan hak diraja dicampur pada zaman kuno itu, Sanxingdui pernah menjadi pusat ziarah.

Encik Ao Tianzhao berkata: "Memandangkan begitu banyak patung gangsa dan barangan gangsa yang ditemui di Sanxingdui, maka kami mengetahui bahawa negeri kuno di Sanxingdui telah menyatukan fikiran masyarakat dan sistem pentadbiran negara dengan menggunakan hukum-hukum agama asal. Negeri Shu mungkin selalu mengadakan aktiviti pemujaan yang berskala besar untuk menarik puak di sekitarnya datang menziarahi mereka.

Boleh dikatakan bahawa barangan gangsa merupakan artifak yang paling istimewa antara artifak yang ditemui di Sanxingdui. Barangan gangsa itu telah mempamerkan sepenuhnya taraf kraf tangan yang begitu tinggi pada zaman itu. Selain itu, banyak gading dan karangan laut juga ditemui di Sanxingdui. Ini menimbulkan persoalan yang membingungkan. Berdasarkan keadaant geografi provinsi Sichuan, tempat itu adalah jauh dari laut, maka tidak berkemungkinan ada karangan laut dan gajah tinggal di sana.

Tentang masalah ini, Puan Qiu Xueqing berkata: "Ada sarjana menyatakan bahawa gading itu diangkut ke sini melalui "laluan sutera selatan". Selain gading, hampir 5,000 karangan laut yang ditemui di Sanxingdui juga diangkut melalui jalan tersebut. Karangan laut tidak berkemungkinan dihasilkan dari kawasan pedalaman seperti bandar Chengdu. Ini membuktikan garisan perdagangan negeri Shu amat panjang bahkan sudah mencukupi Asia Barat dan Selatan."

Kebudayaan Sanxingdui memang telah meninggalkan banyak persoalan yang membingungkan, maka Muzium Sanxingdui telah berjaya menarik kedatangan ramai pelancong sejak mula beroperasi pada 10 tahun yang lalu. Artifak Sanxingdui juga pernah dipamerkan di benua lain. 

Selepas melawat muzium yang seluas 20 hektar dan dipenuhi artifak yang halus dan cantik itu, para pelancong tentu akan mempunyai pandangan tersendiri terhadap tapak peninggalan sejarah Sanxingdui.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China