Cari:
Panorama Hutong sebagai Petempatan Sosio Budaya Beijing
2012-12-20 16:38:44 CRI Cetak

Satu pemandangan yang cukup unik dan mempesonakan apabila saya melawat kawasan `hutong' di sekitar Beijing terutamanya di Houhai. Ianya merupakan salah satu peninggalan budaya terkenal di Beijing. Hutong adalah kompleks petempatan tradisi yang masih dapat mempertahankan nilai-nilai dan ciri-ciri tradisional masyarakat penghijrah yang berasal dari luar Beijing. Bagi mereka yang ingin merasai budaya tempatan, adat resam dan sejarah Beijing, tiada tempat yang lebih baik daripada hutong iaitu lorong-lorong kecil dengan paviliun-paviliun kecil berbentuk empat persegi yang disebut Siheyuan. Ribuan pengunjung setiap hari melawat kawasan-kawasan hutong di sekitar Bandaraya Beijing ini bagi melihat sejarah silam tentang kehidupan rakyat Beijing serta merasai sendiri bagaimana kehidupan mereka pada zaman dahulu kala. Pengunjung akan dapat merasakan bahawa diri mereka berada pada zaman tradisional China apabila melalui kawasan lorong-lorong kecil antara halaman di sekitar Bandaraya Beijing yang masih mempertahankan ciri-ciri tradisional petempatan kuno dalam arus permodenan semasa.

(hutong di sekitar Beijing)

Jumlah hutong di sekeliling Bandaraya Beijing amat banyak sekali. Terdapat 360 hutong yang mempunyai nama, manakala hutong yang tidak mempunyai nama tidak terkira banyaknya. Mengikut catatan sejarah, terdapat sejumlah 413 buah hutong di Beijing semasa Dinanti Yuan, dan bertambah kepada 1,170 buah pada zaman Dinanti Ming dan meningkat kepada 2,077 buah pada zaman Dinanti Qing, iaitu sehingga pertengahan tahun 1980an. Jumlah ini tidak termasuk hutong yang dibina tanpa maklumat atau pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan. Jika disambung semua hutong di Beijing, akan menjadi lebih panjang daripada Tembok Besar China yang terkenal, iaitu sepanjang kira-kira 4000 batu.

(hutong di sekitar Beijing)

Kawasan hutong yang paling padat ialah Hutong Beixinqiao. Manakala kawasan hutong yang paling sempit ialah Hutong Qian Shi, yang berukuran kira-kira 30 hingga 40 meter, yangmana terletak di Jalan Zhubao Shi luar Pintu Hadapan. Laluannya begitu sempit setakat 40 sentimeter (16 inci) lebar. Hutong yang paling panjang adalah Hutong Dong Jiaomin, sepanjang 6.5 kilometer (4 batu), terletak di antara Chang'an Avenue dan East Street serta West Street di Pintu Hadapan. Hutong yang paling pendek pula ialah Hutong Guantong iaitu kira-kira 30 meter (33 ela). Setiap hutong mempunyai kepelbagaian reka bentuk dan susun atur yang unik. Malahan ada yang berbentuk seperti papan catur dan sebagainya. Terdapat hutong seperti Koudai Hutong (Pocket Hutong) hanya mempunyai satu pintu masuk. Manakala hutong seperti Hutong Jiudaowan (Nine Turning Hutong) pula mempunyai banyak liku dan selekoh.

(hutong di sekitar Beijing)

Setiap hutong mempunyai ciri-ciri khas dan sejarahnya tersendiri. Daripada nama yang berciri khasnya dapatlah kita mengetahui kehidupan di hutong pada masa itu. Ada hutong yang dinamakan mengikut bentuknya dan ada juga yang dinamakan berdasarkan aktiviti pada masa dahulu, misalnya dahulu pernah menjadi tempat membuat apa? Bahkan ada nama hutong yang memuatkan harapan dan persepsi masyarakat. Kebanyakan hutong kuno dinamakan berdasarkan kepada institusi feudal, jambatan, sungai, pasaran perdagangan, barangan dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa kewujudan sesuatu hutong mempunyai cerita dan ciri-cirinya yang tersendiri. Keadaan seumpama inilah yang menjadikan kawasan hutong itu agak istimewa sifatnya pada kacamata masyarakat luar.

(hutong di sekitar Beijing)

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China