Cari:
Persamaan Rumah Tradisional Melayu dan China
2013-03-15 15:00:57 CRI Cetak

Persamaan Rumah Tradisional Melayu dan Diaojiaolou

Persamaan ketara Rumah Tradisional Melayu dan Diaojiaolou adalah kedua-duanya mempunyai bahagian bawah yang lapang, hanya disokongkan oleh tiang-tiang. Sedikit perbezaannya pula dapat dilihat yangmana Rumah Tradisional Melayu adalah segenap kosong di bawah; tetapi Diaojiaolou adalah separuh kosong dengan sebelahnya bergantung dengan bukit atau tanah. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan faedah yang sama iaitu untuk penyejukan atau pengudaraan semula jadi, peneduhan keselamatan dan keamanan serta persendirian.

Satu lagi persamaan ketara kedua-dua bentuk binaan ini ialah Rumah Tradisional Melayu selalunya terbahagi dua bahagian: yang utama dipanggil 'Rumah Ibu' sementara bahagian kedua ialah 'Rumah Dapur'. Bahagian yang lain termasuk 'Rumah Serambi' dan Pelantar. Begitu juga dengan Diaojiaolou, ianya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Tangwu, Zhurenjian, Huotang.

Diaojiaolou

Rumah Tradisional Melayu

Dalam aspek pembinaan pula, kedua-dua bangunan tradisional ini menggunakan bahan-bahan binaan daripada sumber alam pelbagai jenis kayu-kayan, buluh, rotan dan daun-daun pelepah. Kayu yang biasa digunakan ialah spesis kayu keras tropika yang mampu bertahan lama dan mampu menahan serangan kulat, kumbang dan anai-anai. Manakala bumbung rumah tradisional Melayu dan Diaojiaolou ini sentiasa berbentuk condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika, dan ada dua kategori utama: gaya 'bumbung panjang' (atap pelana) dan keduanya 'bumbung lima' atau 'limas' (atap perisai). Kedudukan atap atau bumbung biasanya tinggi tanpa langit-langit rumah untuk peredaran udara. Atap biasanya diperbuat daripada daun nipah, daun kelapa sawit dan diikat dengan rotan. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau 'papan cantik' berukir. Ini menggambarkan wujudnya persamaan antara rekabentuk kedua-dua binaan rumah tradisi yang secara tidak langsung menggambarkan bahawa budaya dan citarasa kedua-dua masyarakat ini juga mempunyai persamaan yang nyata.

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China