Cari:
Catatan 31 Julai 2013: Matahari Terbenam di Tasik Seribu Mata Air
2013-08-01 14:13:32 CRI Cetak

Ketika jam menunjukkan pukul 6.30 petang, hari masih siang di Xinjiang. Jika di Malaysia, kami berada di dalam rumah sementara menunggu waktu berbuka puasa. Suasana yang berbeza di sini berbanding dengan Malaysia. Siang di sini hampir 18 jam. Sangat panjang dan jika di Malaysia, saya boleh melakukan pelbagai kerja di siang hari. Di Malaysia, saya selalu kesuntukan waktu kerana sangat sibuk bekerja. Satu hari sangat cepat berlalu. Di sini terlalu lama menanti habisnya waktu siang.

Selepas turun dari gunung Dong Da Tang kami bergerak pulang. Dalam perjalanan menuju ke bandar Shawan, kami singgah di sebuah tasik Qian Quan Hu atau Tasik Seribu Mata Air. Sangat menarik kerana tasik ini menjadi persinggahan burung hijrah. Burung bangau putih. Sangat cantik. Tetapi kami sedikit kecewa kerana ini bukan musim burung hijrah dating ke tasik ini. Namun begitu, burung camar dan bangau kaki panjang masih kelihatan mencari makan di tepi tasik yang berpaya. Kami sempat mengintai dan melihatnya dari jauh.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China