Cari:
Catatan 31 Julai 2013: Matahari Terbenam di Tasik Seribu Mata Air
2013-08-01 14:13:32 CRI Cetak

Cuaca panas terik ketika kami tiba di tasik. Kami dijemput minum teh panas dan menikmati keenakan tembikai. Cuaca yang panas sangat sedap menikmati tembikai merah. Sementara menunggu cuaca sedikit redup, kami berbual dan berbincang tugas kami seterusnya. Puan Melur membuat rakaman untuk siaran ruangan Sayap. Kami merakam kisah menarik sepanjang dua hari berada di Xinjiang. Kami mula merakam dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Pihak siaran televisyen Xinjiang juga merakam pendapat peserta "Xinjiang Dalam Lensaku".

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 petang. Cuaca sedikit redup. Kami bergerak ke kawasan paya tempat burung berkumpul. Kami cuba merakam aksi burung, namun belum sempat kamera kami menangkapnya, burung itu beredar. Burung juga tidak banyak kerana sekarang bukan musim burung hijrah datang ke tasik ini.

Kecewa kerana tiada burung, kami menanti matahari jatuh. Kira-kira 9.30 petang, matahari bertukar menjadi merah. Sangat cantik melihat matahari jatuh dari tasik ini. Kami berasa berbaloi menunggu hamper tiga jam. Kawasan ini sangat cantik untuk dikunjungi. Bukan sahaja boleh melihat burung, pelancong juga boleh memancing ikan di tasik ini. Tasik Qian Quan Hu sesuai dikunjungi bersama-sama keluarga.

Tasik yang cantik, burung yang comel, matahari terbenam yang menawan.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China