Cari:
Catatan 8 Ogos 2013: Pertama Kali Menyambut Aidilfitri di Xinjiang, China
2013-08-12 13:22:37 CRI Cetak

Hari ini 8 Ogos 20013 atau 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Saya berasa sangat rindukan keluarga yang berada di Malaysia. Ini merupakan kali pertama saya menyambut hari raya di luar negara dan jauh daripada keluarga. Saya berasa sebak namun ditenangkan oleh Puan Melur, Pegawai Radio Antarabangsa China (CRI) yang menemani saya dan sebagai jurubahasa saya di Xinjiang, China.

Pada pagi ini kami semua pergi ke Malaysia untuk melihat suasana sambutan Aidilfitri di He Bu Ke Sai Er. Kami dibawa ke sebuah Masjid di Daerah ini yang dihuni oleh Etnik Kazak dan Urgur.

Saya berasa sangat sebak ketika Imam memperdengarkan takbir hari raya. Jika di Malaysia, kami sekeluarga dan jiran tetangga akan beramai-ramai pergi ke Masjid untuk bersolat. Di sini, kelihatan hanya lelaki yang memenuhi masjid. Tiada wanita. Saya tidak dapat melihat jemaah wanita. Saya diberitahu, di sini hanya lelaki yang bersolat di Masjid dan wanita hanya bersolat di rumah. Saya berasa kesal kerana tidak dapat bersolat hari raya pada hari ini.

Selepas bersolat Imam membacakan khutbah. Tetapi sangat ringkas. Walaupun tidak dapat memahaminya tetapi saya dapat merasainya seperti berada di Malaysia. Namun begitu, bacaan khutbah sangat ringkas dan takbir raya hanya seketika dilagukan. Jika di Malaysia, ketika tiba di Masjid, Imam sudah memperdengarkan takbir raya. Jemaah lelaki akan mengikuti imam dan begitu juga jemaah wanita. Namun begitu, suara lelaki dikuatkan dan wanita diperlahankan. Selepas habis solat, Imam akan membaca khutbah yang panjang. Imam akan mengingatkan jemaah supaya bermaaf-maafan dan menyambut hari raya dengan gembira setelah sebulan berpuasa. Dalam khutbah juga diingatkan jemaah agar mengeratkan persaudaraan sesama Islam dan bukan Islam. Selain itu diingatkan agar sentiasa mengingati Allah dan Rasul-Nya. Di sini hanya memberikan ceramah ringkas dan menutup dengan mengaminkan doa yang pendek.

Selesai solat, kami sempat bertemu dengan Imam masjid ini. beliau berbangsa Uygur. Beliau sangat peramah dan teruja menemui saya yang berasal dari Malaysia. Saya berasa sangat gembira dapat berkenalan dengan Imam yang bertugas di masjid di daerah He Bu Ke Sai Er.

Semoga Islam terus kukuh di bumi China. Semoga umat Islam di China dapat mengamalkan ajaran Islam dengan aman dan damai. Semoga umat Islam di China hidup bersatu padu dan bahagia selamanya.

Kami meneruskan aktiviti di masjid kami dibawa ke rumah Etnik Kazak untuk berhari raya. Keluarga Etnik Kazak mengalu-alukan kedatangan kami dengan mesra dan menghidangkan pelbagai juadah istimewa hari raya. Ketika tiba di rumah ini, kami dibaling dengan gula-gula tanda menyambut kami dengan mesra dan gembira. Jika kami dapat mengumpulkan banyak gula-gula mereka akan hidup bahagia selama-lamanya. Kami berebut-berebut mengumpul gula-gula paling banyak. Kami sangat gembira dialu-alukan oleh tuan rumah.

Kemudian sebelah petangnya kami bergerak ke bandar Tancheng. Kami menginap di daerah Er Min. Kami juga melawat ke rumah keluarga Etnik Kazak di daerah Er Min. Ketika tiba di rumah keluarga Etnik Kazak, kami diberitahu akan dihidangkan dengan daging kambing sebagai hidangan makan malam. Kambing itu akan disembelih oleh tuan rumah. Kami sangat gembira diraikan dengan begitu istimewa.

Sementara menunggu hidangan makan malam, saya sempat ke dapur tuan rumah untuk melihat mereka menyediakan hidangan. Daging kambing direbus atau dibuat sup dalam periuk yang besar. Tuan rumah dan isterinya mengizinkan kami mengambil gambar ketika mereka sedang menyediakan makan malam.

Dalam rumah pula kami dihiburkan dengan petikan tombula dan nyanyian merdu oleh dua orang lelaki. Lagu yang mereka nyanyikan seperti berbalas pantun. Sangat meriah dan kami sangat terhibur dengan kemahiran Etnik Kazak memetik tombula dan suara yang merdu mendendangkan lagu dalam bahasa Kazak.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China