Cari:
Catatan 8 Ogos 2013: Pertama Kali Menyambut Aidilfitri di Xinjiang, China
2013-08-12 13:22:37 CRI Cetak

Hidangan siap dimasak dan kami dijamu dengan hidangan lazat sup kambing. Tanda menghormati tetamu, tuan rumah memberi sekeping lemak kambing. Kami diberi lemak kambing oleh tuan rumah. Kami yang tidak biasa makan lemak kambing menerima dengan hati yang terbuka. Enak juga walaupun ini kali pertama kami menikmati lemak kambing.

Hari sudah begitu larut malam, kami meminta izin untuk pulang dan berehat. Kami mengucapkan terima kasih. Lelaki paling muda dalam rumah akan menerima ucapan terima kasih daripada tetamu. Pak Sukun mewakili kami mengucapkan terima kasih dan mendoakan keluarga ini akan bahagia, aman dan sentosa. Pak sukun juga berharap apabila anak lelaki tuan rumah dewasa kelak akan memberikan sumbangan kepada keluarga dan negara.

Kami pulang dengan perut kenyang makan daging kambing bersama-sama roti yang menjadi makanan utama Etnik Kazak.

Terima kasih tuan rumah yang mesra. Terima kasih kerana menghidangkan makanan yang enak untuk kami. Terima kasih.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China