Cari:
Catatan 9 Ogos 2013: Nenek yang Comel
2013-08-15 14:04:08 CRI Cetak

Hari ini kami bertemu dengan Etnik Russia. Walaupun wajah mereka seperti orang Eropah tetapi mereka fasih berbahasa Mandarin. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh Negara China yang mempunyai 25 etnik yang kaya dengan pelbagai budaya, kesenian dan bahasa.

Pagi ini kami sungguh bertuah. Selepas melawat sebuah muzium di bandar Ta Cheng, kami sempat melihat majlis perkahwinan Etnik Russia. Ketika kereta membawa pasangan pengantin ke sebuah hotel untuk jamuan makan, ahli keluarga yang berarak dengan kereta kuda berhenti untuk mempersembahkan tarian dan nyanyian meraikan pengantin baru. Kami berkesempatan melihat budaya Etnik Russia yang mengarak pengantin dengan kereta kuda dan menyanyi sambil menari dengan diiringi muzik. Sungguh meriah.


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China