Cari:
Catatan 9 Ogos 2013: Nenek yang Comel
2013-08-15 14:04:08 CRI Cetak

Pengantin baru yang diarak akan berhenti di beberapa destinasi kerana mahu memperlihatkan bahawa dalam perkahwinan akan ada pelbagai cabaran dan dugaan. Maka, pengantin baru akan lebih memahami bahawa dalam kehidupan pasangan harus bijak menyelesaikan pelbagai masalah dan bijak membuat keputusan. Pasangan pengantin juga akan lebih bertolak ansur, saling memahami antara satu sama lain dan saling menghormati agar rumah tangga akan harmoni dan sejahtera. Ketika dalam perjalanan, kereta akan berhenti dan pasangan pengantin akan keluar dan menari bersama-sama tetamu yang mengarak pengantin.

Setelah selesai meraikan tetamu kami dibawa ke rumah keluarga Etnik Russia. Kami disambut dengan mesra oleh tuan rumah. Seorang wanita yang berusia tetapi sungguh cantik, sihat dan cergas. Wanita ini sangat pandai menari. Walaupun sudah berusia sangat bertenaga ketika menari. Ketibaan kami disambut dengan nyanyian dan roti yang dicecah garam. Etnik Russia sangat mahir membuat roti. Roti juga sangat sedap.


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China