Cari:
Bebaskan Imaginasi di Gulin II (oleh Nurulanuar Mansor dari Utusan Malaysia)
2013-10-23 10:07:45 CRI Cetak

LAGENDA LAGENDA

Di Yangshou, bandar berusia 1700 tahun yang berada di bawah penyadbiran Guilin, terdapat satu persembahan seni pentas yang diarahkan oleh pengarah filem terkenal Zhang Yee Mou yang juga pernah mengarah filem Hero dan Curse of the Golden Flower.

Persembahan bertajuk Liu San Jie itu merupakan satu seni pentas yang amat menarik kerana pengarah berkenaan berjaya menyulamkan kepelbagaian dan keunikan budaya etnik-etnik Guilin menjadi satu jalan penceritaan yang menarik.

Mengambil lagenda Liu San Jie sebagai penyambung perbezaan gerak tari serta alunan lagu yang berbeza, kareografi dan jalan penceritaannya yang kemas lagi indah telah mengangkat batasan bahasa lalu berjaya memberi kefahaman kepada penonton tentang keunikan dan kepelbagaian yang terkandung di Guilin.

Daripada persembahan selama 50 minit yang dijayakan oleh 600 orang pelakon itu, para penonton terutamanya pelancong asing mendapat pendedahan ringkas tetapi padat tentang budaya masyarakat setempat.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China