WARISAN PEWARIS
Persembahan tersebut turut mengisi kelompongan dalam kefahaman bagaimana umat Islam di Guilin mampu berintergrasi dan beradaptasi dengan masyarakat setempat sejak Dinasti Song beratus tahun dahulu.
Di kawasan penempatan majoriti penduduk Islam di Jalan Ma Ping berhampiran Taman Seven Star di Guilin, para peserta program Kembara Muslim 2013 anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) telah berpeluang bertemu dengan dua warga paling tua komuniti itu.
Bai Feng Yuen, 89 dan Cheng Feng Wing, 83 merupakan penduduk asal Ma Ping yang sebelum ini terletak di Taman Seven Star. Menurut mereka, kunci kepada umat Islam di China khususnya Guilin ialah perasaan saling hormat menghormati.
Lehih mesra dipanggil Nenek Cheng dan Nenek Bai menjelaskan bahawa masyarakat Islam dan bukan Islam di penempatan mereka juga saling memahami perbezaan fahaman antara satu sama lain dan akan sentiasa menjaga batas itu
Begitulah kisah Guilin, kota yang dipagari dua sungai dan empat tasik ini. Indahnya bukan sahaja pada bentuk buminya, tetapi juga cantik budaya bangsa. Jika berpeluang melancong ke sini, cuba cari, kaji dan fahami kepelbagain alam dan etniknya.
Jika berjaya melakukannya, pasti Guilin akan meninggal kesan mendalam kepada anda.