(Oleh Nurazidah binti Mohamed, TV Al-hijrah)
13 jun 2015, perjalanan kami diteruskan dengan melawat muzium yang meninggalkan kesan bersejarah iaitu Muzium of Qin Terracotta Warriors and Horses.
Terdapat lebih daripada 7000 patung tanah liat telah di bentuk menjadi pasukan tentera dan dipercayai akan bangkit menjadi tentera Maharaja China iaitu Qin Shi Huang selepas kematiannya.
Ketika melangkah masuk muzium, kami begitu teruja melihat keluasan muzium yang dipenuhi dengan tentera tanah liat ini. Hasil pembuatan ini harus dipuji tinggi kerana ianya menampakkan seni yang sangat kreatif dan memerlukan kerja yang teliti kerana setiap wajah patung yang di buat adalah berlainan.
Selain itu, terdapat 3 pit disediakan bagi pengunjung untuk melihat tentera tanah liat iaitu PIT 1 untuk tentera biasa, PIT 2 dan 3 untuk pegawai dan jentera.
Destinasi seterusnya, kami menuju Muslim Street yang mengambil masa selama sejam dari muzium Terracotta.