Di Muslim Street, kami sempat berkenalan dengan seorang penduduk muslim China yang bernama Encik An Shou Xin.
Rumahnya terletak lebih kurang 300 meter dari Masjid Besar Xi'an. Di sini kami melihat struktur pembinaan rumah masyarakat Islam di Xi'an.
Menariknya, rumah beliau adalah di antara 13 rumah yang diiktiraf oleh UNESCO kerana masih mengekalkan tradisi rumah masyarakatIslam di Xian.
Selain ukiran kayu yang menghiasi dinding, rumah ini mempunyai 5 pintu masuk.
5 pintu masuk ini memberi kesenangan kepada penghuni wanita untuk bersedia menutup aurat apabila menerima kedatangan tetamu lelaki.
Sebelum berangkat keluar rumah,beliau memberi hidangan teh Cina kepada kami.Dalam masa yang sama,kami sempat berkongsi bagaimana suasana menyambut Ramadan di negara masing-masing.