Cari:
Pesona Cahaya di Jiayuguan
2015-06-16 12:17:32 CRI Cetak

(Oleh Azman Anuar, Mingguan Malaysia)

Ketibaan saya bersama rombongan lima lagi wartawan Malaysia dan lima petugas Radio Antarabangsa China (CRI) dalam misi Kembara Laluan Sutera 2015 tiba di Jiayuguan pada petang Ahad, 14 Jun.

Walaupun tiada aktiviti lawatan, kami seronok berada di Taman Tasik Timur. Dapat menyaksikan gelagat golongan dewasa dan berusia, kebanyakannya wanita - tanpa segan silu menggoyangkan badan dan kaki mengikut irama yang rancak muzik.

Leka juga dibuatnya apabila menyusuri air terjun buatan manusia di sini. Maklumlah hari minggu, ramailah warga Kota Jiayuguan bersenam beramai-ramai.

Menjelang pukul 8.30 malam mula kelihatan cahaya lampu LED berwarna-warni yang membaluti menara berbentuk ikan lumpa-lumba. Alunan cahaya bak warna pelangi bersilih ganti. Wow! Panorama yang mempesonakan suasana waktu malam.

Pagi esoknya, lawatan ke taman burung 'dari kayangan', China Peacock Court menambah warna kota ini. Saya tidak sangka di tengah-tengah bumi ini ada usaha menternak burung merak yang pelbagai warna bulunya. Lebih istimewa ada menu masakan khas daripada daging burung ini.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China