Pengembaraan ke Menara dan Tembok Wenchang yang dibina pada zaman Dinasti Ming dan dibina semula pada 1822 semasa tahun kedua pemerintahan maharaja Daoguang daripada Dinasti Qing sungguh mengagumkan. Satu lokasi menarik dalam laluan sutera. Usaha memelihara dan membaik pulih kesan binaan tembok itu menunjukkan kerajaan China mahu menjaga warisan khazanah negara.
Kesempatan menyusuri terowong peradaban zaman The Silk Road dan terbang ke dimensi udara dalam The Sky Sailor di Fantawild Adventures sungguh menyeronokkan.
Tempoh 32 jam berada di Jiayuguan sungguh mempesonakan dengan hiburan bertenaga semasa majlis prapelancaran Pesta Pelancongan Antarabangsa Laluan Sutera Dunhuang ke-5 di taman thema Fantawild.
Letupan dan percikan bunga api mengiringi pelancaran itu memancarkan cahaya berwarna-warni waktu malam di Jiayuguan.