Cari:
Yardang: Benarkah Kota Hantu?
2015-06-18 10:36:34 CRI Cetak

Dalam cerita misteri, Yardang dikatakan "Kota Berhantu". Mengikut cerita, jika kita berada di Taman Geologi Negara Yardang yang bentuk muka buminya meliputi padang pasir atau gurun, kita yang lemah jiwanya akan mendengar suara-suara hantu dari celah-celah bungkah bukit pasir yang pelbagai bentuk di padang pasir ini.

Bentuk bukit pasir yang bercampur tanah liat ini adakalanya berbentuk Merak, Singa, kapal laut yang berbaris-baris di medan peperangan dan sebagainya.

Sekiranya kita berada di kawasan ini pasti kita akan terpesona dengan reka bentuk semula jadi bungkah bukit-bukit berpasir ini dan corak-corak yang pelbagai bentuk di permukaan dasar pasir, kesan hasil daripada tindakan alam semula jadi, iaitu putaran angin yang kencing seperti ribut pasir dan terikan bahang matahari yang tersangat panas suhunya.

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China