Cari:
Menjejakkan kaki di Gurun Gobi
2015-06-18 11:15:08 CRI Cetak

(Oleh Azman Anuar, Mingguan Malaysia)

Perjalanan ekspedisi Kembara Laluan Sutera 2015 diteruskan dari Jiayuguan ke Dunhuang. Kali ini kami menaiki bas. Kira-kira lima jam tempoh perjalanan sejauh 370 km yang kami jalani.

Pemandangan yang ada kebanyakan ialah gurun sejauh mata memandang.

Lokasi tumpuan pelancong di Istana Kecil Fangpan, Hunduang.

Tiba di Dunhuang pada pukul 9 pm, matahari baru terbenam. Kami menginap di sebuah hotel yang bagaikan istana lama di zaman Maharaja China. Seni bina Hotel Silk Road Dunhuang cukup istimewa. Ia mengambil semangat bentuk bangunan Dinasti Han dan Tang.

Tidak saya sangka di tengah-tengah kawasan gurun yang luas ini terdapat sebuar bandar yang membangun. Dunhuang memiliki banyak tempat menarik untuk dilawati.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China