Tinggalan kesan Istana Kecil Fangpan di Gurun Gobi.
Pada pagi hari kedua di Gurun Gobi ini, kami menaiki bas semula selama kira-kira lebih dua jam menuju ke tapak tinggalan istana kecil Fangpan. Kemudian bergerak ke tapak runtuhan tembok Dinasti Han dan akhir sekali ke Dunhuang Yardang National Geopark.
Wow, sungguh luas pemandangan di padang pasir berwarna kehitaman dengan bongkah-bongkah batu pelbagai bentuk yang berwarna kekuningan.