Cari:
Khazanah Mogao Grottoes dan Keunikan Bukit Mingsha
2015-06-19 12:14:34 CRI Cetak

(Oleh Azman Anuar, Mingguan Malaysia)

Taman Bentuk Bumi Dunhuang China

Pagi 1 Ramadan bersamaan 18 Jun, hujan turun renyai-renyai di sekitar bandar Dunhuang untuk beberapa jam. Kebetulan umat Islam berpuasa pada hari tersebut.

Menurut beberapa pemandu pelancong, mereka juga terkejut setelah sekian lama Dunhuang tidak disimbah dengan air hujan, pada hari tersebut hujan turun tanpa henti. Suhu yang dicatatkan ialah 16 darjah Celcius.

Kunjungan Kembara Laluan Sutera 2015 ke Tapak Warisan Dunia, Mogao Grottoes terpaksa berpayung dan basah. Tempat ini memiliki banyak gua yang menempatkan beribu-ribu patung dan lukisan dinding tentang Buddha.

Khazanah di dalam gua Mogao Grottoes mengumpul warisan tidak ternilai berupa patung, lukisan dinding dan manuskrip lama. Semua ini tinggalan milik beberapa keluarga dan kaum yang hidup dalam 16 pemerintahan kerajaan yang berlainan.

Pengetahuan pengunjung tentang maklumat kawasan ini ditambah dengan tayangan gambar. Kunjungan pelancong pula berterusan hingga ke petang.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China