Cari:
Khazanah Mogao Grottoes dan Keunikan Bukit Mingsha
2015-06-19 12:14:34 CRI Cetak

Kolam Air Bulan Sabit

Sebelah petang cuaca di Dunhuang kembali panas. Jadi lawatan ke Bukit Mingsha dan Kolam Air Bulan Sabit (Crescent Moon Spring) agak mencabar. Kami terpaksa berjalan kaki untuk bergerak di atas pasir halus.

Lebih mencabar apabila untuk mendaki Bukit Mingsha. Bukan mudah untuk menawan puncaknya.

Walaupun berada di tengah-tengah gurun dan bukit pasir, Kolan Air Bulan Sabit satu keunikan yang sukar ditemui. Terletak di lembah, pemandangan lokasi ini cukup mengasyikkan.

Agak terkilan juga apabila kami tidak mendapat pengalaman menunggang unta di kawasan bukit pasir itu.

Apa pun, Dunhuang yang bakal kami tinggalkan pada pagi Jumaat ini mempunyai destinasi pelancongan yang unik dalam Laluan Sutera.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China