Cari:
Pelarian Myanmar Berhasrat Menamatkan Kehidupan di Kem Pelarian di Sempadan Thailand-Myanmar
2010-06-24 14:57:57 CRI Cetak

Kini, TOPS mempunyai 9 orang kakitangan warga Thailand dan lebih 200 orang guru yang terdiri daripada pelarian warga Myanmar. Kem pelarian Mae La antara kem pelarian yang paling besar di kawasan Mae Sot. Puan Corina berusia 45 tahun telah hidup di sini selama 20 tahun. Kini, beliau bertugas sebagai pemantau kanan kepada 24 buah tadika di kem pelarian tersebut. Kata beliau: "Kerja-kerja guru di sini adalah menyiapkan barang-barang untuk kelas, menjaga kanak-kanak dan kebersihan. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk para pelajar makan tengah hari. Gaji bulanan seorang guru hanya 500 baht sahaja. Gaji seperti itu memanglah tidak cukup untuk membayar kos hidup yang semakin tinggi. Namun, kami tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kanak-kanak ini dengan baik."

Bagi pelarian warga Myanmar yang berada di Mae Sot, hanya dua pilihan sahaja untuk mereka, iaitu kembali ke tanah air atau berhijrah ke negara ketiga selepas mendapatkan indentiti pelarian yang sah. Ang Mong berusia 18 tahun hidup di kem pelarian sejak kecil. Kehidupan di persekitaran yang tertutup menjadikannya bersifat negatif kepada kehidupan pada masa akan datang. Katanya: "Saya telah menetap hidup di kem pelarian selama berbelas-belas tahun lebih, dan sudah jemu dengan kehidupan di sini kerana tanpa kebebasan. Oleh itu, saya amat berharap untuk bermastautin di negara ketiga."

Bagaimanapun, memohon untuk bermastautin di negara ketiga bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelarian warga Myanmar di Thailand, kerana ramai daripada mereka dipandang sebagai pelarian haram yang belum berdaftar. Sebenarnya, masalah pelarian bukanlah muncul di sempadan Thailand-Myamar sahaja, manakala ia boleh didapati di beberapa tempat lain di dunia. Kini, jumlah pelarian di seluruh dunia mencatat berjuta-juta orang. Mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman kerana pergolakan situasi dan konflik kekerasan yang berlaku di negara mereka. Walaupun, terdapatnya pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan yang bersedia memberikan bantuan kepada pelarian, namun bagaimana untuk membantu mereka kembali ke tanah air atau menyediakan tempat tinggal yang berkekalan kepada mereka tetap perkara yang amat susah dilakukan.

Menurut ketua Kumpulan Perkhidmatan Damai di Seberang Laut Taipei, Li Rongyuan, bahawa perkara yang paling penting bagi pelarian adalah bagaimana untuk memulihkan keyakinan meneruskan kehidupan melalui usaha sendiri mereka. Sukerelawan boleh memberikan bantuan kepada pelarian hanya sementara, tetapi tidak mampu menjaga kehidupan mereka sepanjang hayat. Li Rongyuan berkata: "Kami tidak dapat memberikan bantuan yang berkekalan kepada sesuatu tempat. Oleh itu, perkara yang penting adalah membantu pelarian hidup secara berdikari dan kembali ke tanah air mereka. Kami tetap berusaha ke arah itu untuk mencapai matlamat muktamad, iaitu "tiada lagi pelarian di dunia pada masa akan datang."


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China