Cari:
Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: ASEAN Perlu Bekerjasama dengan China dengan Pandangan yang Jauh
2010-08-09 16:34:53 CRI Cetak

 

Sempena ulang tahun ke-43 penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN), wartawan CRI daripada bahagian bahasa Melayu, Melur telah menemubual Dato' Dr. Abdul Rahman Embong, Prof. Emeritus daripada Institut Kajian Malaysia&Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung topik-topik seperti perkembangan dan peranan ASEAN dan kerjasama antara ASEAN dengan China.

Wartawan: 8 Ogos nanti merupakan ulang tahun ke-43 penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, ASEAN. Dalam tempoh 43 tahun ini, ASEAN telah mencapai pembangunan yang sungguh besar dan memainkan peranan yang semakin penting di rantau Asia bahkan di seluruh dunia. Bolehkah Prof. memberikan sedikit sebanyak pandangan tentang perkembangan dan peranan ASEAN?

Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: Saya rasa setiap ulang tahun sesebuah pertubuhan atau sesebuah negara, ASEAN patutlah mengembalik prinsip-prinsip yang dipegang semasa penubuhannya dan pada masa yang sama melihat perkembangan dan perubahan selepas 40 tahun lebih ASEAN ditubuhkan. Penubuhan ASEAN 40 tahun lebih dahulu adalah konteks perang dingin di mana antara pengasa, Malaysia,Thailand,Indonesia, Singapura dan Filipina berdepan dengan apa yang dianggap sebagai ancaman komunis, tapi sekarang, setelah tahun 1989,setelah tamatnya perang dingin,negara yang dahulunya dianggap sebagai lawan atau musuh menjadi sahabat bahkan menjadi anggota ASEAN.Jadi, ini satu situasi baru yang memang dialu-alukan oleh penduduk Asia Tenggara. Persahabatan antara negara-negara ASEAN ini yang merentasi perbezaan politik dan ideologi, dan juga menghormati kedaulatan negara masing-masing. Itu yang pertama, yang kedua pula setiap perayaan ulang tahun kita harus memandang ke hadapan.ASEAN harus memandang ke hadapan. Dalam konteks ini, bagaimanakah memandang ke hadapan itu,dalam jangka dekat, ASEAN mengharapkan dapat ditubuhkan komuniti ASEAN,komuniti ekonomi,komuniti keselamatan,dan juga komuniti budaya (social culture community), maka apakah tunggak-tunggak bagi pembinaan komuniti ini semakin diperteguhkan atau tidak, apakah pembinaan komuniti ini hanya hasrat dari atas,maksud saya hasrat di kalangan para pemimpin, bukan hasrat dari bawah.Jadi,sambil ASEAN merayakan ulang tahun ini, pembentukkan atau penubuhan komuniti ini tentu sekali patut berada dalam agenda yang utama ke arah melaksanakan pengisian komuniti yang dicita-citakan itu menjelang 2015.

Wartawan: ASEAN memang mementingkan kerjasama antara negara-negara anggotanya, malahan dengan negara-negara lain di rantau Asia terutamanya China, Jepun dan Republik Korea. Apakah pandangan Prof. tentang hubungan kerjasama antara China dengan ASEAN secara amnya?

Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: Kalau terlihat dari segi sejarah dan juga dari segi apa yang berlaku pada masa sekarang dan berkembang ke hadapan. Dari segi sejarah, hubungan China dengan negara-negara Asia Tenggara memang cukup rapat.Jadi, bukti-bukti sejarah dan bukti-bukti kaji purba menunjukkan bahawa hubungan antara dua rantau ini cukup baik dan sudah lama.Pada masa yang sama juga ialah ada persamaan budaya,bahasa dan lain-lain yang mengukuhkan lagi hubungan itu. Cuma untuk satu masa, terdapat perbezaan ideology politik yang memisahkan, yang memecahkan China dengan ASEAN,tapi perkara itu sekarang sudah selesai, itu soal dulu. Jadi, yang menariknya ialah sekarang negara ASEAN dan juga negara China tidak memikul beban sejarah.Dari segi ASEAN, saya gembira melihat mereka tidak ada beban sejarah yang mengganggung hubungan mereka.Jadi,bila tidak ada beban sejarah itu,maka ia dengan sendirinya membuka satu ruang satu jendela yang baik yang luas untuk perkembangan bagi masa hadapan.

Pihak barat misalnya ada pengkaji menyatakan apakah China satu ancaman atau satu peluang.Tapi saya rasa ASEAN mengambil sikap China ialah peluang dan peluang ini bukan satu pihak. Peluang dua pihak.Ertinya peluang yang boleh memberi kedua-dua pihak faedah, ataupun dalam kata lain menang-menang.Pihak ASEAN pun beruntung, pihak China pun beruntung.Jadi, memandangkan ekonomi China berkembang begitu pesat khasnya sejak tahun 1978 bila dasar buka pintu dilaksanakan oleh Deng Xiaoping, kita nampak bahawa polisi yang dilaksanakan oleh China tentang pertumbuhan ekonomi, zon ekonomi bebas dan sebagainya memang satu polisi yang boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi.Ini memberi ruang kepada negara-negara lain termasuk ASEAN untuk bekerjasama dari segi pelaburan,perdagangan,budaya,pendidikan dan lain-lain.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China