
Wartawan: Hubungan Kerjasama China-ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan semakin erat dan dinamik,lebih-lebih lagi setelah Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) ditubuhkan. Jadi, bagaimana syarikat-syarikat kedua-dua pihak menjalankan kerjasama yang menang-menang?
Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: China merupakan pasaran besar bagi minyak sawi Malaysia selain daripada India dan Pakistan, jadi bagi Malaysia, China sangat penting sebagai pasaran.Itu yang pertama. Bagi China, Malaysia sangat penting sebagai satu negara yang menjalinkan hubungan luas dengan negara ASEAN dan sebagainya, negara yang bersahabat, dan negara dari segi budayanya banyak persamaan.Jadi, pelabur-pelabur China memang dialu-alukan di Malaysia. Sudah banyak tahun ada persatuan persahabatan Malaysia-China, dan di sebelah China pun ada persatuan persahabatan China-Malaysia.Kalau anda lihat,antara tokoh yang memimpin persatuan ini ialah mandan duta besar Malaysia ke Beijing, Dato' Majid, dan usahawan besar Malaysia,Tan Khai Hee,syarikatnya Hai Ou mempunyai banyak hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China.Terdapat di Malaysia antara yang lain ialah makanan tradisional dan perubatan tradisional China semakin popular sekarang. China dipandang sebagai negara dan masyarakat yang mempunyai kepakaran itu. Jadi,ini bukan setakat barangan untuk dieksport dijual,tetapi juga dari segi perkhidmatan yang boleh meningkatkan kesihatan,dari segi itu, bidang itu cukup penting.
Saya lihat ada pelabur-pelabur Malaysia yang memandang lebih jauh ke hadapan,bukan untuk masuk membuat keuntungan cepat lepas itu keluar dan pergi ke tempat lain. Saya rasa ada pelabur-pelabur yang melihat kerjasama dengan China ini ialah satu kerjasama jangka panjang, bukan untuk kepentingan jangka pendek ekonomi semata-mata.
Wartawan: Apakah cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dan China semasa menjalankan kerjasama?
Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: Saya rasa cabaran yang paling besar sekarang di antara China-ASEAN ialah bagaimana menterjemahkan ruang dan peluang yang wujud di kedua-dua pihak menjadi kenyataan yang dapat direalisasikan. Maksud saya ialah China merupakan peluang bukan ancaman, ASEAN juga merupakan peluang bagi pelabur-pelabur China untuk berdagang, melabur dan lain-lain.
Secara tradisi,Jepun merupakan rakan ASEAN. Tetapi pada masa sekarang ASEAN beransur-ansur beralih kepada China. Jadi, cabaran bagi ASEAN ialah kedua-dua Jepun dan China adalah penting, dan Korea Selatan pun penting. Jadi, ASEAN mesti bijak memelihara persahabatan, iaitu di samping menjalin hubungan yang rapat dengan China, mesti bijak memelihara hubungan yang akrab dengan pihak Jepun. Itu bagi pihak ASEAN. Bagi pihak China, cabarannya saya nampak bahawa memang barangan China banyak dan barangan China dibawa masuk secara besar-besaran ke luar negara termasuk A.S. dan juga ASEAN. Perkara yang penting misalnya A.S.sekarang ada satu pergerakan balas.Mereka menganggap barangan China telah mengancam barangan tempatan.Jadi, pihak China pun patut sensitif kepada kemungkinan ini di ASEAN,ertinya kita berdagang, kita berniaga, biar sama-sama untung. Saya fikir China patut ambil kira sensitiviti ASEAN dari segi perkara-perkara yang berkaitan dengan budaya, politik, ekonomi dan lain-lain. China patut ambil perhatian ini dan patut mengadakan pemahaman antara budaya supaya persahabatan ini dapat disuburkan lagi dan pada masa yang sama hubungan ekonomi dan perdagangan dapat dikembangkan lebih lanjut.








