Cari:
Dato' Dr. Abdul Rahman Embong: ASEAN Perlu Bekerjasama dengan China dengan Pandangan yang Jauh
2010-08-09 16:34:53 CRI Cetak

Wartawan: Pada pandangan Prof., selain kerjasama yang telah dilaksanakan, apakah bidang lain yang mempunyai potensi untuk kita tingkatkan kerjasama bagi manfaat bersama?

Pendidikan. Pendidikan merupakan satu ruang yang mempunyai potensi besar untuk kerjasama. Sekarang ini, kedua-dua pihak misalnya Malaysia-China, Malaysia sedang mengurus pengiktirafa ijazah universiti Beijing, Qinghua. Jadi, ruang pendidikan ini saya rasa patut dikembangkan dan dimanfaatkan. Masa depan negara-negara dan masyarakat di dunia sekarang khasnya negara membangun seperti negara ASEAN dan China ialah pelaburan dalam pendidikan. Saya tegaskan pendidikan negara China kerana ASEAN banyak dipengaruhi oleh pendidikan barat, sistem pendidikan Eropah, Amerika dan sebagainya.China mempunyai pendidikan yang berakaubi beribu-ribu tahun.Jadi, pendidikan itu cukup berharga. Bila digabungkan dengan pendidikan moden,dia akan membawa satu nilai baru, nilai tambah.

Pertukaran sastera,Lu Xun,karya-karya agung sasterawan China yang sangat penting,terjemahkan ke bahasa Melayu, bahasa Indonesia. Itu satu cara untuk pertukaran budaya. Jadi,ruang pendidikan dan budaya saya rasa ini peluang kerjasama yang sangat penting.

Pada masa yang sama,saya rasa kerjasama penyelidikan antara universiti di China dan universiti di ASEAN patut dikembangkan. Pada masa ini, saya rasa kurang. Saya rasa ilmuan-ilmuan China dan ASEAN banyak ruang untuk bekerjasama.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China