Sementara itu, para usahawan yang menyertai Pesta Kebudayaan dan Produk 1 Malaysia di Beijing berkata, mereka sudah mendapat banyak permintaan daripada pelabur tempatan yang mahu menjalinkan usahasama.
Pesta kali ini disertai 50 buah syarikat Malaysia termasuk yang sudah menjalinkan perniagaan di China. Menurut Pengerusi syarikat A.S Masa Sdn Bhd, beliau yakin pasaran untuk produk minuman jusnya yang akan mendapat tempat di China. Beliau menyasarkan eksport kira-kira 20 kontena sebulan atau 11.28 juta botol setahun.
Sementara itu, makanan tradisional Malaysia termasuk kek Pandan dan Nasi Lemak juga akan mula menemui pengguna di China dalam dua bulan lagi. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat daun pandan, Benson Chang memberitahu Berita Radio pihaknya mendapat banyak permintaan daripada masyarakat China untuk membuka rangkaian restoran di sini.
Dalam pada itu, pakaian batik Malaysia juga berjaya menembudi pasaran di china. Menurut Pengusaha Gema Kartika Sdn Bhd., Kartini Illias, ini kali kedua penyertaanya dalam Pesta seumpama itu. Pakaian batik bercirikan busana China mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen di negara ini.