Kerjasama bilateral bank pusat China dan negara-negara ASEAN amat berhasil dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini terbukti dengan perjanjian pertukaran mata wang berjumlah RMB 1.4 trilion yang ditandatangani antara Bank Rakyat China dan bank pusat beberapa negara ASEAN.
China telah menandatangani perjanjian kerjasama penjelasan bilateral dengan Vietnam dan Laos. Selain itu, Bank Perindustrian dan Komersil China cawangan Singapura diberikan mandat untuk menyediakan perkhidmatan penjelasan menggunakan RMB di negara tersebut.
Pada tahun 2009 hingga akhir Jun 2013, jumlah penjelasan menggunakan RMB antara China dan ASEAN mencatat lebih RMB 1.12 trilion.