Cari:
Xi Jinping Mulakan Lawatan ke Malaysia
2013-10-04 10:24:01 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Kuala Lumpur malam semalam untuk memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia. Xi menyatakan, China dan Malaysia merupakan negara penting di rantau ini dan mempunyai kepentingan bersama yang meluas. Usaha memperdalam kerjasama strategik selaras dengan hasrat rakyat dan hala tuju pembangunan hubungan kedua-dua negara Beliau menanti-nantikan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak serta menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi China-Malaysia bagi mengadakan komunikasi dengan tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, mempererat persabahatan tradisional, meningkatkan taraf kerjasama, sekali gus memajukan kerjasama strategik China-Malaysia.

Malam semalam, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan majlis jamuan di kediaman rasmi mereka bagi meraikan Presiden Xi serta isterinya, Peng Liyuan.

Selepas lawatan ke Malaysia, Presiden Xi akan berlepas ke Bali, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-21.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China