Ucapan Presiden China, Xi Jinping yang bertajuk "Memperkasakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, membina rantau Asia-Pasifik yang cemerlang" dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC di Bali, Indonesia pada 7 Oktober yang lalu mendapat pujian pelbagai pihak.
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Hatta Radjasa menyatakan, China yang merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia memainkan peranan yang penting di rantau ini. Hubungan antara Indonesia dengan China telah ditingkatkan kepada Hubungan Rakan Strategik Komprehensif. Jika pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan, negara-negara di rantau ini termasuk Indonesia akan terjejas. Indonesia berharap pertumbuhan ekonomi China kekal pada kadar yang tinggi.