Cari:
ASEAN Hargai Cadangan China bagi Tingkatkan Hubungan Bilateral
2013-10-10 11:28:19 CRI Cetak

Dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam semalam, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah membentangkan dasar luar kerajaan penggal baharu China untuk terus meningkatkan hubungan dengan ASEAN dan mengemukakan cadangan berkaitan rangka kerjasama China-ASEAN pada masa depan

Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh semalam menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN. China kini merupakan rakan dagang terbesar dan sumber pelaburan utama bagi ASEAN. Kedua-dua pihak telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah perdagangan kepada USD 500 bilion menjelang tahun 2015. Kerjasama yang begitu berhasil dalam bidang ekonomi dan perdagangan telah menjadi asas yang kukuh bagi hubungan rapat antara ASEAN dengan China.

Antara tujuh cadangan yang dikemukakan oleh PM Li, yang pertama ialah membincangkan secara aktif penandatanganan Perjanjian Kerjasama dan Kejiranan Baik China-ASEAN. Le Luong Minh menyatakan bahawa ASEAN amat menghargai cadangan yang dikemukakan oleh PM Li dan akan terus menggalakkan hubungan dengan China. Menurut beliau,

"ASEAN dan China sentiasa mengekalkan persahabatan yang rapa

t. Inilah sebabnya mengapa kedua-dua pihak menjalinkan perkongsian strategik. China merupakan negara bukan ASEAN pertama yang menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC). Kini, China mencadangkan pula untuk membincangkan penandatanganan Perjanjian Kerjasama dan Kejiranan Baik China-ASEAN. Pihak ASEAN sedang mempertimbangkan cadangan tersebut dengan bersungguh-sungguh."

Berhubung isu Laut China Selatan, Li menyatakan bahawa situasi di perairan ini kekal stabil. Pertikaian dengan sesetengah negara tidak akan menjejaskan hubungan China-ASEAN. Le Loung Minh pula menyatakan bahawa Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) dan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) amat penting bagi memastikan pelbagai pihak bertindak dengan teratur, mengelakkan konflik, serta menjamin kedamaian dan kestabilan serantau. Oleh itu, sebarang pertikaian patut diselesaikan melalui rundingan langsung antara pihak-pihak yang terlibat.

Dalam sidang kemuncak semalam, pemimpin China dan ASEAN juga mengeluarkan kenyataan bersama sempena ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN.

Lihat juga
berita lain
v Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 di Brunei 2013-10-09 17:12:36
v Li Keqiang Tiba di Bandar Seri Begawan 2013-10-09 14:40:19
v Li Keqiang Berlepas ke Asia Tenggara 2013-10-09 13:09:45
v Li Keqiang Diwawancara Media Bersama ASEAN 2013-10-09 13:09:13
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China