Cari:
Kerajaan Sementara Thailand Setuju Galak Pembaharuan Politik
2013-12-16 15:03:42 CRI Cetak

Kerajaan sementara Thailand bersetuju dengan cadangan para sarjana bahawa parti yang memenangi pilihan raya Dewan Perwakilan perlu menggalakkan proses pembaharuan politik dalam penggal baharunya. Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Sementara itu, Pongtep Thepkanchana dalam Forum Pembaharuan Politik di Bangkok semalam.

Forum tersebut dicadangkan oleh Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra pada 12 Disember lalu dan disertai oleh para pegawai, sarjana serta anggota Kumpulan Baju Merah. Para peserta telah mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan kebuntuan politik pada masa ini.Bagaimanapun, Yingluck Shinawatra sendiri serta pihak pembangkang utama di negara itu tidak menghadiri forum tersebut.

60 ahli Dewan Senat Thailand semalam menyatakan, pelbagai parti patut membentuk peraturan baharu pilihan raya sebelum ia diadakan pada 2 Februari tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China