Beberapa negara Asia Tenggara, termasuk Singapura, Thailand dan Filipina masing-masing mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
Sambutan Tahun Baharu Cina di Singapura bermula di The Marina Bay semalam dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. Kumpulan Persembahan dari provinsi Yunnan dan Taiwan, China diundang mempersembahkan tarian dan nyanyian kepada penduduk negara itu, sehingga 8 Februari.