Aktiviti sambutan Tahun Baharu Thailand 2014 yang dijadualkan berlangsung hingga 9 Febuari dirasmikan di wilayah Suphan Buri malam semalam. Kumpulan kesenian dari 10 provinsi dan bandar China akan membuat persembahan yang menarik di Bangkok, wilayah Ayutthaya dan Songkhla selain Suphan Buri dalam tempoh itu.
Pada masa yang sama, kerajaan bandar Manila, Filipina semalam juga mengumumkan akan menganjurkan aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina.