Cari:
Laman Sesawang Xinhuanet Cawangan Malaysia Dilancarkan
2014-02-20 14:46:12 CRI Cetak

Laman sesawang Xinhuanet Cawangan Malaysia milik Agensi Berita Xinhua China dirasmikan pagi tadi di Beijing.

Ketika merasmikan laman sesawang tersebut, Presiden Xinhuanet, Tian Shubin berharap laman sesawang berkenaan dapat menjadi paltform yang berwibawa bagi meningkatkan saling persefahaman antara China dengan Malaysia dan jambatan bagi mengeratkan persahabatan dan komunikasi antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, seiring dengan kepentingan bersama China dan Malaysia yang semakin meluas, langkah meningkatkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara bersesuaian dengan keazaman rakyat dan trend perkembangan.

Sejak beroperasi pada 1 Januari lalu, jumlah pelayar laman sesawang Malaysia Xinhuanet semakin meningkat. Selain menyediakan berita, laman sesawang ini juga menyediakan maklumat pelaburan, perdagangan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain bagi memenuhi keperluan pengguna.

Alamat laman sesawang ialah:

http://www.xinhuanet.com.my/index.htm

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China