Cari:
Masih Tiada Petunjuk Baharu Pesawat MH370
2014-03-09 11:40:26 CRI Cetak

Pasukan Malaysia Airlines (MAS) yang terdiri daripada 93 kakitangan telah tiba di Beijing dan mengadakan sidang akhbar awal pagi tadi.

Menurut pegawai MAS, operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat MH370 masih gagal menemui sebarang petunjuk baharu. Rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia berdoa kepada pesawat berkenaan.

Difahamkan, semua kerabat langsung dalam garis lurus penumpang pesawat itu diberitahu boleh menunggu di Kuala Lumpur atau Beijing. MAS menanggung semua kos berkenaan. Selepas mengenalpasti lokasi pesawat, MAS akan mengaturkan mereka ke tempat kejadian.

Menurut pegawai itu, laporan mengenai penemuan kesan dan jejak minyak di perairan Vietnam dan terdapat penumpang yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki pesawat tidak disahkan oleh pihak rasmi Malaysia.

(kapal pengiring peluru berpandu "Mian Yang" China)

Kini, China, Malaysia, Vietnam dan AS sedang menyumbang operasi mencari dan menyelamat MH370 di kawasan perairan yang disyaki lokasi pesawat tersebut terhempas.

(kapal pendarat amfibia "Jing Gang Shan" China)

Kapal pengiring peluru berpandu "Mian Yang" China bertolak ke kawasan terbabit pada pukul 11.50 malam semalam. Kapal pendarat amfibia "Jing Gang Shan" China yang membawa 14 doktor dan jururawat, 10 juruselam, 52 askar pasukan gempur tentera laut dan dua helikopter bertolak dari pelabuhan tentera Zhenjiang ke perairan terbabit pada pukul 3.00 awal pagi tadi.

AS pula menyatakan pihaknya telah menghantar kapal pengusir peluru berpandu "pinckney" armada VII untuk menyalurkan bantuan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Difahamkan, cuaca di perairan terbabit adalah baik hari ini dan membantu menjalanakan operasi mencari dan menyelamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China