Cari:
Australia Hargai Sumbangan Tentera Udara China dalam Operasi Mencari MH370
2014-04-18 12:38:32 CRI Cetak

Sejak 24 Mac lalu, pesawat tentera udara China yang menyertai operasi mencari MH370 di Perth telah melaksanakan 24 kali penerbangan dan menyertai setiap misi pencarian yang diaturkan oleh Australia. Penyertaan ini memberi sumbangan penting kepada operasi mencari bersama-sama pelbagai negara. China patut berasa bangga atas usaha mereka.

Demikian dinyatakan oleh Komander Operasi Mencari Udara Pelbagai Negara, Kolonel Clegg Hipp dari Tentera Udara Diraja Australia ketika meninjau anak kapal pesawat China yang baru menamatkan misi pencarian di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth semalam.

Kolonel Clegg Hipp yang memiliki pengalaman penerbangan lebih 30 tahun menyifatkan kerjasama dengan tentera udara China sangat menyenangkan. Tiada masalah dalam penyelarasan, manakala tentera udara China telah memperlihatkan keprofesionalan yang sangat tinggi.

Lihat juga
berita lain
v Haixun 01 China Berusaha Mencari Kotak Hitam MH370 2014-04-04 17:10:38
v China Terus Tingkatkan Pencarian MH370 2014-04-03 12:57:20
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China