Operasi mencari yang dilaksanakan oleh pesawat China semalam gagal menemui sebarang objek yang berkaitan dengan pesawat MH370.
Pegawai Pusat Pencarian dan Penyelamatan Laut China, Zhuo Li memaklumkan, setakat ini, China telah menjalankan operasi mencari di kawasan perairan seluas lebih 200 ribu kilometer persegi.
Naib Menteri Komunikasi dan Pengangkutan China yang juga Pengarah Pusat Pencarian dan Penyelamatan Laut China, He Jianzhong semalam mengarahkan operasi mencari ditingkatkan. Pengarah Jabatan Penyelamatan Kementerian Pengangkutan China, Wang Zhenliang menyatakan, China akan meneruskan operasi mencari hingga pesawat MH370 ditemui.